07 January 2024

AL-FATIHAH - IBU AZIAN MAZWAN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada penyanyi Azian Mazwan Sapuwan atas pemergian ibunya, Maznah Mohamad yang meninggal dunia di kediamannya di Permin Jaya, Kuala Terengganu pada jam 2.03 pagi tadi.
Khabar duka itu dimaklumkan Azian menerusi perkongsian di media sosialnya, dimana ia mendapat respon rakan-rakan dan peminat yang tidak ketinggalan mengucapkan takziah serta menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ibunya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Nak maklumkan, bonda saya Maznah (Kak Nah / Nah Sapuwan) telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.03 am, Ahad 7 Jan 2024 di kediaman mama di Permin Jaya, Kuala Terengganu.

Klik untuk gambar besar
"Mohon doakan Allah ampunkan segala dosa Mama, tempatkan Mama dalam golongan para solehah dan mereka yang beriman. Aamiin ya Allah...

"Jenazah akan diuruskan di rumah kami dan InsyaAllah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Abas, Batu Buruk, Kuala Terengganu," tulisnya.

Terdahulu, pada 28 Disember lalu, penyanyi lagu 'Rumah Kecil Tiang Seribu' ini memuat naik berita ibunya dimasukkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: