26 January 2024

DIPANGGIL DATIN - ATIKAH SUHAIME AKUI JANGGAL



Pelakon Atikah Suhaime yang sudah hampir seminggu mendirikan rumah tangga itu mengakui kekok apabila dipanggil dengan gelaran Datin.
Jelas Atikah, dia masih membiasakan diri dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil nama sendiri.

"Mungkin Datin dari segi kerja, tapi dengan kawan-kawan saya suruh panggil Atikah sahaja. Tak payah nak Datin-Datin.

Klik untuk.gambar besar
"Kalau contoh masuk pejabat fahamlah panggil Datin, tapi saya selesa dengan nama sendiri, peliklah bila orang panggil Datin," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai soal cahaya mata, Atikah memberitahu, dia tidak tert£kan berhubung hal itu, sebaliknya gembira kerana ramai mendoakannya untuk menimang zuriat.
"Untuk seorang wanita mencapai kejayaan sememangnya untuk ada anak selain daripada bersuami.

"Saya gembira ramai orang nak benda tu dan dalam masa yang sama mereka mendoakan Atikah untuk dapatkan zuriat," ujarnya.

Pada Ahad lalu (21 Januari 2024), Atikah Suhaime selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Datuk Lokman Teh.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: