26 January 2024

MOHON MAAF - NOH SALLEH AKUI TAK TAHU PENJANJIAN MIZZ NINA & IBU KANDUNG MUSA



"Saya tidak tahu menahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isteri saya, Mizz Nina di mana kami dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform.
"Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawaah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini."

Itulah kata penyanyi Noh Salleh yang akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibu kandung anak angkatnya, Musa iaitu Wan Nuraisyah Athirah Wan Amizulkhidi.

Noh menerusi perkongsian di Instagram menjelaskan, dia tak tahu mengenai perjanjian antara bekas isterinya, Mizz Nina dengan ibu kandung Musa, bahawa mereka dilarang memuat naik wajah Musa di media sosial.

Dalam pada itu, berhubung dakwaan memanipul@si ibu kandung Musa kerana penjagaan kanak-kanak terbabit telah dipersetujui bersama, Noh menafikan.

"Perkara tersebut adalah tidak benar di mana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau telah pun bersetuju untuk memberi penjagaan Musa kepada saya secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa," ujarnya lagi.

Tambah vokalis kumpulan Hujan itu, dia akan menuruti tuntutan ibu kandung Musa untuk memadam gambar kanak-kanak terbabit yang dikongsikan dari media sosial miliknya.

Sementara itu, Noh juga memaklumkan, dia telah mendapat perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 February ini bagi proses Sulh serta berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: