08 January 2024
DITUDVH BERCUTI DENGAN LELAKI SONGS4NG - KHAI BAHAR LUAH RASA B£RANG
Penyanyi dan pelakon Khai Bahar, 30, telah meluahkan rasa b£rang dengan sikap seorang pengguna media sosial yang menudvhnya berseronok dengan rakan-rakan di Langkawi ketika arwah ibunya, Rosnah Mohamad sedang sakit.
Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, berkata, tudvhan yang dilemparkan individu itu sangat melamp@u sehingga membuatkan dirinya hilang sabar.
"Saya g£ram dan tak boleh bersabar lagi. Apa yang dikongsikan individu itu melamp@u dan ket£rlaluan. Saya pergi bercuti dengan kawan-kawan baik saya yang dah bertahun lama kenal.
"Bukan sambut tahun baru saja, sambut ulang tahun kelahiran sekali. Saya dah rancang dengan rakan-rakan kampung. Jadi janganlah memfitn@h. Kalau tak boleh bagi saya gembira, jangan bagi saya sedih dengan apa yang jadi semua ini," tuturnya.
Sebelum ini, seorang pengguna TikTok telah menegur Khai kerana bercuti bersama rakan-rakan yang didakwa lelaki songs@ng.
Malah, individu berkenaan turut menasihati Khai agar tidak lagi bergaul dengan mereka kerana arwah ibunya mahu penyanyi itu memilih jalan terbaik dalam hidup.
Khai yang bengang rakannya itu ditudvh songs@ng itu meminta netizen berkenaan berhenti mencari kesil@pan dirinya dan meny£barkan fitn@h tidak benar.
"D0sa saya dengan Allah saya t@nggung. Mungkin esok lusa saya dah tak ada baru kamu boleh berhenti cari sal@h saya.
"Biarlah kawan saya macam mana sekali pun, saya tidaklah b@ik sangat. Saya kenal kawan-kawan saya bukan semalam.
"Kita tidak tahu pengakhiran kita macam mana, mak saya pernah pesan nak buat apa buatlah, ingat apa sebelum buat. Nanti fikirlah mana-mana yang baik," katanya.
Sementara itu, Khai yanh ditanya mengenai keadaan terkininya selepas pemergian ibu tercinta yang menghadap Ilahi pada 2 Januari lalu, berkata, dia reda dengan segala ketentuan Tuhan.
"Jujur saya masih bersedih sebab orang yang penting dalam hidup saya sekarang sudah tiada. Saya sudah reda tapi rindu itu tetap masih ada.
"Kalau dia masih hidup sekarang ini pun, dia akan menghantar rakaman audio bertanya keadaan saya," ujar Khai yang kehilangan ibunya yang disahkan meninggal dunia dalam tidur pada usia 62 tahun di Kangar, Perlis pada jam 10.40 malam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment