08 January 2024

DIJ4NGKITI R0TAV1RUS - FIZZ FAIRUZ LUAH RASA SYUKUR ANAK-ANAKNYA MAKIN PULIH



Baru-baru ini, empat anak-anak kepada pasangan pelakon iaitu Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami munt@h dan cir1t bir1t berlarutan akibat j@ngkitan R0tav1rus.
Mengulas kesihatan anak-anaknya, Fizz meluahkan rasa syukur apabila mereka kini beransur pulih, selain memberitahu, anak pertama dan keduanya masih mengalami cir1t bir1t, munt@h dan masih lagi s@kit p£rut.

"Alhamdulillah... sekarang anak-anak saya beransur pulih. Sebenarnya anak ketiga dan keempat yang awal-awal sekali dimasukkan ke hospital.

"Tapi yang t£ruknya nombor empat dan selepas itu baru berj@ngkit kepada anak ketiga. Sekarang anak pertama dan kedua pun beransur pulih.

"Mereka dalam proses untuk kurangkan munt@h dan cir1t bir1t. Doktor juga sedang pantau anak kedua sebab p£rut masih s@kit.

"Mereka sedang tengok keadaannya macam mana. Sebabnya dia dah kurang makan dan dimasukkan air bagi betulkan semula usus.

"Hari ini hari ketiga, Alhamdulillah... nampaknya ada kurang sakit. Insya-Allah minta ramai-ramai doakan supaya mereka cepat sembuh. Apapun keadaan mereka stabil," tuturnya.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, isteri Fizz mendedahkan empat anak mereka dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di sini selepas mengalami munt@h dan cir1t bir1t berl@rutan.

Menurut Nadia, anak bongsunya iaitu Nur Afrina Aisyah pada mulanya mengalami munt@h dan cir1t bir1t selama empat hari.

Tambahnya, dia membuat keputusan untuk pergi ke hospital demi mendapatkan rawatan segera pada petang Jumaat, selepas ia menj@ngkiti anak yang lain. Kata Nadia, keadaan anak-anaknya itu semakin baik selepas mendapat pemantauan doktor.

Difahamkan, pasangan ini bersama anak-anak mereka baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah dan sepanjang berada di sana, keadaan semuanya baik.

Almy berkata, dia juga sukar mengetahui punca peny@kit ini kerana tiba-tiba anak-anaknya itu tidak sihat dan seorang demi seorang kena mendapatkan rawatan.

Isteri Fizz bagaimanapun bersyukur kerana sepanjang dua minggu berada di Makkah, Allah permudahkan urusan mereka tanpa sebarang peny@kit, sekali gus memudahkan urusan ibadah umrah mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: