24 January 2024

DUNIA LAKONAN - ATIKAH SUHAIME MASIH PUJUK SUAMI UNTUK BERI 'LAMPU HIJAU'



"Keluarga mentua sangat 'suppotif' dan menerima baik sekiranya saya meneruskan kerjaya lakonan, tapi Lokman saja belum beri 'lampu hijau'.
"Jadi saya masih memujuknya jika ada tawaran berlakon pada masa akan datang. Insya-Allah 29 Februari ini filem terbaharu lakonan saya berjudul 'Tantiana' bakal ditayangkan di pawagam.

"Sebenarnya Lokman tidak suka saya melakonkan watak berpegangan tangan dengan lelaki atau sebarang babak yang tidak sesuai seperti berpelukan atau adegan atas katil.

Klik untuk gambar besar
"Saya sudah beritahu kepadanya yang setiap babak boleh dibawa bincang dengan pihak produksi terlebih dahulu."

Demikian ujar pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime, 33, yang memberitahu, dia sedang memujuk suaminya, Datuk Lokman Teh, 34, untuk memberi keizinan agar dia dapat meneruskan minatnya dalam bidang lakonan.
Jelas Atikah yang baru melangsungkan pernikahan Ahad lalu itu, suaminya sedikit keberatan kerana tidak gemar melihat dia melakonkan babak berpegangan tangan dengan bukan mahram.

Namun begitu, kata pelakon itu lagi, keluarga mentuanya menyukai dia terbabit dalam dunia hiburan.

Dalam pada itu, akui Atikah, dia sedang berada pada fasa bahagia selepas bergelar isteri, selain meluahkan rasa syukur apabila segala yang dirancang dipermudahkan.
"Sudah tentu saya bahagia dan gembira dengan perkahwinan ini. Cuma saya sedang menyesuaikan diri, lebih-lebih lagi dalam soal keizinan apabila nak keluar rumah.

"Kalau dulu nak balik Singapura jumpa keluarga saya tak perlu minta izin sesiapa, tapi sekarang ini kena minta persetujuan suami dulu.

"Begitu juga dengan panggilan kepada ibu dan bapa mentua saya. Sebelum ini saya memanggil mereka uncle dan auntie, tapi sekarang mereka sudah bergelar papa dan mummy saya," tuturnya.
Sementara itu, Atikah berkata, dia meminta suaminya membawa dia bercuti ke negara Matahari Terbit pada Mac ini, ketika ditanya mengenai pilihan destinasi bulan madu.

"Kalau perasan sewaktu majlis akad nikah Ahad lalu saya memilih konsep pernikahan ala sakura kerana saya memang suka bunga sakura. Jadi saya pilih Jepun sebagai destinasi bulan madu dan nak pergi rasai pengalaman musim bunga buat kali pertama di sana pada Mac ini," katanya.

Pada Ahad lalu iaitu 21 Januari 2024, Atikah selamat bergelar isteri kepada Lokman dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Cornerstone IPC, di sini, jam 8.54 malam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: