23 January 2024

"SAYA TAK MENAFIKAN HAK AMEENA... RUMAH SAYA SENTIASA TERBUKA UNTUK AWAK DATANG JUMPA ANAK" - SHAKILLA KHORIRI



"Saya tak menafikan hak Ameena untuk mendapat perhatian dan kasih sayang from both side. Apa lagi untuk memutuskan silaturahim antara anak dan bapa.
"Tak pernah terlintas di fikiran saya. All this while saya bersusah payah untuk menyatukan kami bertiga sebagai Ibu dan ayah kepada Ameena.

"Berkali-kali jemputan yang berkaitan dengan Ameena ditolak kerana tidak mahu ada masa bertiga. Setiap kali saya yang dulu rendahkan diri demi Ameena."

Itulah tulis pelakon Shakilla Khoriri menerusi laman Instagram miliknya, dimana dia tidak pernah menafikan hak anaknya, Ameena Sofia untuk mendapat kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya.

Melihat pada hantaran itu, Shakilla menjelaskan, dia tidak pernah terlintas untuk memutuskan silaturahim antara anaknya dengan bekas suaminya, penyampai radio Fizi Ali, apatah lagi selama ini dia bersusah payah untuk menyatukan mereka bertiga.

Dalam pada itu, kata pelakon itu lagi, kisahnya dengan Fizi sudah pun berakhir, selain reda dengan perceraian mereka.

Tambahnya, cukuplah dengan kenyataan bekas suaminya itu yang mendakwa dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak.

Disamping itu, Shakilla turut mengatakan rumahnya sentiasa terbuka untuk Fizi bertemu dengan anak mereka apatah lagi bekas suaminya itu adalah sebahagian daripada hidup Ameena.

"Daddy Ameena, rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak. Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian dari hidup Ameena.

"Kami sentiasa tunggu video call dan text awak untuk berjumpa. Awak tak MENCARI Ameena, so stop cakap saya larikan anak awak. STOP IT! Please comunicate dengan saya secara baik dan tenang. We can do this Daddy Ameena," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: