23 January 2024

SUAMI KEMBALI KRITIKAL, DITIDURKAN KALI KEDUA - AMYZA AZNAN TERKILAN TAK DIBENARKAN BERADA DISAMPING



"Saya baru dihubungi pihak hospital memaklumkan suami saya perlu ditidurkan buat kali kedua. Keadaannya agak kritikal dan doktor beritahu suami sudah berada tahap 50-50.
"Saya takut dan hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini," kata pelakon Amyza Aznan yang memaklumkan, suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir akan ditidurkan kali kedua selepas keadaannya dilaporkan kritikal.

Jelas Amyza, dia baru saja dimaklumkan oleh pihak hospital, selain memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat suaminya yang sudah sebulan menerima rawatan di Hospital Ampang.

Dalam pada itu, ujar Amyza lagi, dia terkilan kerana tidak dapat menemani suami di hospital berikutan kes C0V1D yang semakin tinggi.

"Kalau boleh saya nak berada di sisi suami sepanjang dia dirawat di hospital, tapi pihak hospital maklumkan kes C0V1D semakin tinggi dan saya tidak dibenarkan berada disampingnya.

"Jadi saya terpaksa berulang-alik untuk berjumpa suami. Saya sangat sedih melihat keadaannya. Sejak dia mula sedar, dia nak bercakap pun sangat susah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak berdaya," tuturnya.

Terdahulu, suami Amyza dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu namun masih dalam pengawasan rapi doktor kerana keadaannya yang masih lemah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: