23 January 2024

MASUK HOSPITAL PSIKI4TRI - PEGUAM MOHON DOAKAN UNTUK MAMAT EXIST, HARAP DIBERIKAN PELUANG KEDUA



Vokalis Kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamaruddin, 46, ketika diiring keluar mahkamah, memaklumkan, dia sedang hadapi kes mengikut 39C Akta Dad@h Berbah@ya 1952.
"Saya perlu dihantar ke hospital psiki@tri untuk rawatan lanjut mulai hari ini. Semoga peminat dapat terus memberi sokongan terhadap aktiviti seni (saya) selepas ini," ujarnya.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin di sini terhadap Mamat semasa pendakwaan bagi dua pertuduhan di sini, hari ini.

Sementara itu, peguam Mamat iaitu Azlina Abdul Aziz, berharap, anak guamnya ini diberikan peluang kedua, selepas ditahan polis pada 7 Januari lalu ketika bersama seorang rakan pada jam 2 pagi di Taman Perling.

"Semasa ditahan dan diperiksa, anak guamnya itu bebas bahan terlar@ng. Namun dia berada dalam senarai kehendaki berikutan kes lama berkaitan dad@h pada tahun 2019.

"Kita doakan untuk Mamat. Hari ini, dia akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Untuk pengetahuan, Mamat sudah 10 tahun menghidap peny@kit m£ntal. Dalam tempoh itu, Mamat makan ubat dan dapatkan suntikan ubat.

"Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan untuk tarikh keputusan laporan perubatan psiki@tri. Saya percaya Mamat boleh (berubah). Kita tahu Mamat banyak kes dad@h, tetapi (saya) percaya peluang kedua.

"Kes yang didakwa Mamat pada hari ini adalah kes lama yang sebelum ini diberi jaminan polis. Akan tetapi (kes) tidak diteruskan (sebelum ini) atas sebab pegawai penyiasat mengal@mi kemal@ngan t£ruk dan tidak lagi berkhidmat dengan PDRM," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: