23 January 2024

"NAMPAK TAK SIAPA DALAM KERETA DENGAN DIA (SHAKILLA KHORIRI) NAIK TU?" - FIZI ALI



"Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak banyak. Saya ada urusan lain, saya sibuk sikit. Maaf korang, sorry bye-bye semua. Sayang, thank you so much."
Demikian kata pelakon Shakilla Khoriri yang dilihat bergegas pulang dan enggan memberikan komen selepas tamat prosiding Sulh hak hadanah anak perempuannya, Ameena Sofia.

Sebelum bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah, Shakilla sempat memohon maaf kepada pihak media.

Shakilla kemudian menunjuk ke kereta mewah jenis BMW berwarna hitam, dimana dia turut ditemani seorang individu yang memandu kereta tersebut.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, bekas suami Shakilla iaitu penyampai radio, Fizi Ali bertanyakan kepada pihak media mengenai individu yang hadir bersama bekas isterinya itu ke mahkamah.

"Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta dengan dia naik tu? Tak nampak? Okay tidak apa. Tapi saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang. Biar dia jawab sendiri," ujarnya.

Terdahulu, Fizi meluahkan rasa terkilan apabila prosiding sulh hak hadanah anaknya tidak mencapai kata sepakat dengan Shakilla.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: