23 January 2024

IZZUE ISLAM AKUI TAK BOLEH BAYANGKAN KALAU ISTERI TAK ADA : "SAYA PERNAH BERBORAK DENGAN DIA, 'BOLEH TAK KALAU KITA M4TI SAMA-SAMA'?"



"Kalau tak ada isteri saya, saya bukanlah Izzue Islam yang korang kenal. Saya tak pernah bayang pun hidup saya ini.. duduk di atas kerusi dan menghadap Datuk Rosyam depan-depan saya.
"Saya tak boleh bayangkan. Saya pernah berborak dengan dia, 'boleh tak kalau kita m@ti sama-sama'?" ujar pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang sebak apabila mengenangkan pengorbanan isterinya, Awin Nurin yang banyak berjasa dalam perjalanan kerjaya seninya.

Izzue berkata demikian menerusi podcast bersama Datuk Rosyam Nor, dimana dia diilihat tidak dapat menahan air mata tidak dapat membayangkan jika isterinya tiada suatu hari nanti.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Izzue berkata, dia sentiasa mahu melihat isterinya itu di depan mata. Ini kerana jelasnya, dia tidak mampu untuk bekerja jika isterinya tiada di sisi.

"Saya tak tahu macam mana kalau satu hari dia tak ada. Saya pernah satu hari pergi shooting dia demam dan dia tak ada saya jadi 'lost', saya tak tahu kenapa. Padahal saya boleh datang shooting macam biasa tapi saya rasa tak boleh.
"Sebab tu sampai sekarang saya bawa dia, macam mana sekali pun. Saya nak dia ada depan mata saya. Selagi saya boleh hidup dengan dia, saya nak hidup dengan dia betul-betul," katanya.

Untuk makluman, Izzue Islam berkahwin dengan Awin Nurin di Dewan Shah Alam pada 2 Jun 2013. Pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: