23 January 2024

DIDAKWA MILIKI, GUNA DAD4H - MAMAT EXIST MENGAKU TIDAK BERSAL4H



Di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, hari ini, penyanyi Mamat Exist atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, telah didakwa atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dad@h pada 2019.
Menerusi laporan Harian Metro, Mamat bagaimanapun mengaku tidak bersal@h di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa memberi kepada diri sendiri dadah Methamph£tamine kira-kira 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Nark0tik IPD Johor Bahru Utara.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Untukmu Ibu' ini juga mempunyai kesal@han berulang iaitu memberikan dad@h kepada diri sendiri pada tahun 2016 dan 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 15 (1) (a) Akta Dad@h Berbah@ya 1952 dan boleh dihukvm dibawah seksyen 39C (1) (b) akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil. Manakala Mamat diwakili peguam, Azlina Abdul Aziz.

Klik untuk gambar besar
Bagi pertuduhan kedua pula, Mamat didakwa memiliki dad@h jenis Methamph£tamine dengan berat 0.17 gram pada 11.35 malam, 8 September 2019 di Taman Perling.

Pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dad@h Berbah@ya 1952 dan boleh dihukvm dibawah seksyen 12 (3) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaei, dan Mamat diwakili peguam sama.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh memohon anak guamnya itu dirujuk ke Hospital Permai bagi mendapatkan rawatan psiki@tri.

Hakim kemudian membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: