23 January 2024
SHAKILLA KHORIRI JELAS, DIA 'BLOCK' FIZI SEBAB ISTERINYA ADA CAMPUR TANGAN - SITI ZULAIKHA TAMPIL NAFI
"Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Sebagai bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan hilang begitu saja. Jangan gh@ib. Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang."
Itulah kata pelakon Shakilla Khoriri yang menjelaskan, dia tidak pernah menghalang anaknya, Ameena Sofia untuk bertemu dengan bapanya, penyampai radio Fizi Ali.
Ujar Shakilla, dia tidak berpuas hati dengan komitmen diberikan Fizi sebagai bapa kepada anak mereka itu serta mendakwa Fizi yang menghilangkan diri.
Tidak menafikan bahawa dia menyekat nombor telefon Fizi, Shakilla memberitahu, dia mempunyai alasan tersendiri serta mendakwa ada campur tangan isteri kepada bekas suaminya itu.
"Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya 'block' (sekat) sebab ada campur tangan isterinya. Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya.
"Sebab 'block' saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya," tuturnya yang turut menafikan dakwaan Fizi ada menghubunginya banyak kali selepas tidak dapat bertemu anak serta dia mempunyai bukti.
"Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, itu semua tidak betul. Demi Allah, saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya sudah serahkan kepada peguam. Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana. Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, isteri Fizi iaitu Siti Zulaikha tampil menafikan dakwaan Shakilla, dimana dia pernah masuk campur urusan suaminya dan bekas isteri.
Kata Zulaikha, dia tidak campur kemelut berkaitan anak membabitkan suaminya dan Shakilla kerana itu adalah hal peribadi mereka.
"Tiada isu tentang campur tangan orang ketiga kerana saya tidak pernah masuk campur urusan Fizi dan Shakilla. Rasanya tak ada isu kalau dia cakap saya sebagai orang ketiga yang masuk campur dalam masalah mereka. Kalau ada bukti minta dia (Shakilla) keluarkan saja bukti itu," jelasnya.
Menurut isteri Fizi itu lagi, dia mempunyai bukti menafikan dakwaan Shakilla itu, selain berkata dia hanya pernah membalas sekali saja mesej ibu Ameena ini berikutan pelakon itu yang mula mengaitkan namanya.
"Pernah sekali saja saya membalas mesej Shakilla, itu pun disebabkan dia yang mula petik nama saya. Kalau Shakilla kata dia ada bukti, pihak kami pun ada bukti juga," ujarnya.
Dalam pada itu, ulas Zulaikha mengenai suaminya pula, em0si Fizi agak terg@nggu disebabkan tidak dapat bertemu dengan anaknya itu, apatah lagi dia rapat dengan Ameena.
"Kalau berkait dengan Ameena memang saya nampak em0si Fizi sangat terg@nggu, tapi saya sentiasa berada di sisinya. Fizi juga rapat dengan Ameena dan ini adalah tempoh paling lama dia tidak dapat bertemu dengan anaknya," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment