23 January 2024

SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN BUANG KETULAN DI BAHAGIAN PERUT - WANI KAYRIE LUAH RASA SYUKUR



Selepas menahan sakit sejak minggu lalu, penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie, 23, selamat menjalani pembedahan inguinal hernia di pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.
Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, meluahkan rasa syukur apabila proses membuang benjolan atau ketulan di bahagian perut yang dilakukan kelmarin, dipermudahkan.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar untuk pembedahan hernia saya, semalam (Ahad). Selama dua jam dalam bilik bedah, saya masih berjuang untuk kesan selepas pembedahan terbabit," kata penyanyi lagu 'Fajar' itu.

Dalam pada itu, Wani berkata, dia perlu berehat sementara waktu, selain memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej serta menjawab panggilan telefon buat masa ini.

"Minta maaf tak dapat balas mesej dan panggilan telefon ya, terima kasih pada yang bertanya dan mendoakan saya. InsyaAllah saya akan kembali pulih lagi beberapa hari. Saya mahu rehat dulu," ujarnya.

Wani yang berkongsi mengenai keadaan dirinya menerusi Instagram miliknya itu turut memuatnaik foto dia berbaring di atas katil sebuah hospital

Dalam hantaran tersebut juga, penyanyi itu meminta orang ramai mendoakan agar proses pembedahannya berjalan dengan lancar.

"Maaf lama mendiamkan diri beberapa hari. Cuma, nak beritahu saya akan menjalani pembedahan. Doakan agar urusan saya dipermudahkan ya. Jangan risau, saya baik-baik saja," tuturnya.

Untuk info, pembedahan hernia adalah prosedur perubatan bertujuan untuk menc£gah berlakunya komplik@si seperti ters£kat atau tersumb@t di bahagian perut.

Difahamkan, ia juga bagi mengembalikan kandungan perut ke rongga perut serta memperkukuhkan bahagian dinding perut yang lemah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: