22 January 2024

MUAT NAIK BUKTI 'RATING' YANG DIDAKWA TURUN - TYZO BERSYUKUR DAPAT TAJAAN TUNAI UMRAH



Bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander yang kini berdepan kem£lut susulan kontrak ditamatkan itu telah berangkat ke Tanah Suci semalam selepas mendapat tajaan menunaikan ibadah umrah.
Sebelum ini, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain, meluahkan rasa terkil@n apabila perkhidmatannya sebagai penyampai segmen Suria Petang ditamatkan atas alasan strategi tahun 2024 oleh pihak pengurusan minggu lalu.

Dalam pada itu, kata Tyzo, dia tidak menyangka akan menerima pelawaan daripada seorang pendengar setia Suria Petang untuk membawanya mengerjakan ibadah umrah semalam, ketika dirinya dihimp1t ujian yang cukup hebat.

Klik untuk gambar besar
Tambahnya, individu tersebut sudah lama mahu menajanya dan persiapan dilakukan agak singkat, selain berharap dapat mencari ketenangan disana.

"Tahap ment@l saya sangat t£ruk ketika ini dan paling terendah dalam hidup saya. Saya sedang berusaha untuk kuatkan semangat dan tidak terlalu bers£dih dengan apa yang berlaku.

"Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya bakal berlepas ke Tanah Suci selama 11 hari. Saya dibawa oleh pendengar setia Suria Petang dikenali Hariz yang sudah lama teringin nak menaja saya mengerjakan ibadah umrah.
"Tawaran ini datang kira-kira seminggu lalu, namun saya hanya beri kata putus lima hari lalu. Jadi persiapan memang agak singkat, tapi Insha-Allah semuanya sudah diatur dengan baik dan semoga saya dapat mencari ketenangan di sana," katanya.

Selain itu, Tyzo turut memberitahu, kerana tidak cukup rehat dan sukar tidur, membuatkan berat badannya semakin menurun serta menghadapi mas@lah suara.

"Berat badan saya makin menurun. Saya juga sukar tidur kerana sudah tahu perkara ini agak lama hingga mengal@ami mas@lah suara.
"Malah, ketika ini saya berdepan kec@man yang sangat dahsy@t selepas pihak sana (Suria FM) membuat kenyataan bal@s. Saya akui tak bersedia menerima kec@man ini," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai dirinya yang dikatakan masih belum 'move on' apabila tetap berkongsi mengenai isu yang berlaku di media sosial miliknya, Tyzo berkata, dia hanya mahu membal@s kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan stesen radio itu saja.

"Saya dah lama 'move on', tetapi saya menunggu kenyataan mereka. Apabila mereka sudah memberi kenyataan, mestilah saya nak memberi penjelasan lanjut.
"Ini kerana, sebelum ini mereka tidak memberi sebarang kenyataan. Tiada apa, yang saya nak cakap lagi. Harapnya apa yang dikongsikan itu akan menjadi titik noktah. Cukuplah gambar saja yang berbicara," tuturnya.

Baru-baru ini, Tyzo menepis dakwaan 'rating' segmen Suria Petang menunjukkan penurunan, sebaliknya Suria Cinta yang dikelola oleh DJ Lin pada waktu malam berada di kedudukan terbawah.

Tyzo menerusi hantaran di Instagram miliknya telah berkongsi carta 'rating survey' pertama dan kedua bagi segmen pagi, siang, petang dan malam di stesen radio tersebut pada tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: