22 January 2024

LAGI GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERNIKAHAN ATIKAH SUHAIME & SUAMI



"Macam tak cayer. Ingatkan mimpi ❤," tulis pelakon Atikah Suhaime selepas dia selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, dengan sekali lafaz, malam semalam.
"Success! 👌🏻🤩 Alhamdulillah Pak Suhaime sebut lancar, Lokman sekali nafas. Tak tahu berapa kali diorang rehearsal haritu. 😂," kata pelakon itu lagi.

Majlis pernikahan Atikah bersama Lokman yang juga Pengarah Eksekutif produk Zaitun itu diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di ibu negara, dimana ia hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta teman rapat sahaja.

Atikah yang kelihatan anggun dengan busana sedondon berwarna krim itu menerima mas kahwin sebanyak RM300, namun wang hantaran dirahsiakan.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: