22 January 2024

"SAYA SANGAT RINDUKAN ANAK..." - FIZI ALI AKUI TAHU LOKASI ANAK TAPI TAK MAHU DIDAKWA PENCER0BOH



Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37 ketika ditemui selepas prosiding sulh, pada tuntutan hadanah yang difailkannya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, mengakui, dia sudah tidak larat berdepan kem£lut tidak berkesudahan bersama bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri, 35.
Kata Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, dia sangat merindukan anaknya, Nur Ameena Sofia, yang kini berusia lima tahun, selepas hampir dua bulan tidak berjumpa.

"Saya sangat rindukan anak kerana hampir dua bulan tidak dapat jumpa Ameena. Ia adalah tempoh paling lama saya tidak berjumpa anak.

"Kalau nak diikutkan, saya nak selesaikan semuanya hari ini, tapi tidak dapat penyelesaian dengan Shakilla," katanya yang turut menitiskan air mata.

Dalam pada itu, ditanya kenapa tidak berkunjung ke rumah bekas isterinya itu untuk bertemu anak, Fizi menjelaskan, dia tidak mahu melanggar undang-undang dan didakwa sebagai pencer0boh nanti.

Tambahnya, dia juga mengetahui di mana lokasi di mana anak perempuannya itu berada, tapi negara ini ada undang-undang.

"Saya boleh pergi berjumpa Ameena di lokasi itu, tetapi akan didakwa sebagai pencer0boh. Perkara ini boleh berbincang secara baik, tapi kalau memang dia mahu cara begini, saya tiada mas@lah," ujarnya.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Fizi turut berkongsi mengenai Ameena, dimana kasih sayangnya terhadap anak tunggal dengan bekas isteri tidak berbelah bahagi, meskipun kini sudah berkahwin dengan isteri baharu, Siti Zulaikha.

"Saya bukan nak r£but anak, tapi mahu dia (Ameena) dapat hak yang sepatutnya dan kasih sayang daripada mak dan ayahnya.

"Saya memang sangat sayang Ameena. Sangat-sangat. Jadi, saya tak kisah orang nak cakap apa. Yang saya tahu sekarang ini, saya cuma nak hak yang sama membabitkan penjagaan anak," tuturnya.

Menurut Fizi lagi, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana tidak mahu orang lain mengalami nasib sama sepertinya.

"Saya buat ini kerana sebagai bapa, saya tidak mahu ditudvh macam-macam. Itu yang saya nak perjuangkan. Saya tahu ramai yang DIrect Message (DM) kerana mungkin mengalami nasib sama seperti saya," jelasnya.

Bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, kerana Shakila enggan membenarkannya bertemu anak mereka.

Untuk makluman, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, sebelum bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Ameena Sofia, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: