02 January 2024

HASNOL KECEWA DIKATA SUDAH MENINGGAL DUNIA



Penyanyi Hasnol, 53, meluahkan rasa kecewa apabila wujud khabar angin mengatakan dia sudah meninggal dunia, sedangkan dirinya kini sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, di sini.
Kata Hasnol atau nama penuhnya, Hasnol Hassan Ariff, orang ramai seharusnya menyemak terlebih dulu kesahihan sesuatu khabar angin sebelum membuat sebarang andaian tidak tepat.

"Bukan saya saja, malah ramai artis lain pernah terkena fitn@h sama. Saya nasihatkan semak dulu kesahihan sesuatu khabar angin sebelum membuat andaian," ujar penyanyi yang popular dengan lagu 'Lagumu Untukku'.

Menurutnya lagi, cukuplah uji@n dan dug@an yang dialami memberi tek@nan dan janganlah ditambah lagi dengan fitn@h sebegini.

"Bukan apa, kadang-kadang yang melalui dug@an itu sudah cukup tertek@n dengan kepay@han hidup yang dilaluinya.

"Janganlah ditambah lagi dengan cerita-cerita tidak benar sebegini. Doakan yang baik-baik dan semoga saya dapat bangkit semula," tuturnya.

Dalam perkembangan kini, Hasnol memberitahu, dia masih menantikan prosedur mengambil sampel spesimen dan laporan penuh hospital mengenai penyakitnya, selain berkata, ini adalah sakit paling teruk pernah dialaminya.

"Rasanya, ini adalah sakit yang paling teruk pernah saya alami. Bezanya, sebelum Oktober 2022, saya masih ada perlindungan insuran. Tapi, selepas bercerai lebih kurang setahun dua bulan, saya memang sendiri tanpa sebarang perlindungan.

"Kepada sahabat-sahabat baik saya seperti Mac Rahayu, Damian Mikhail dan ramai lagi, terima kasih kerana terus menerus memberikan sokongan kepada saya dan membantu menghebahkan mengenai keadaan kesihatan saya.

"Damian pun khabarnya sedang bantu mengumpul sedikit sumbangan untuk ringankan beban bil perubatan saya," katanya.

Dalam pada itu, Hasnol yang dirawat di hospital berkenaan sejak minggu lalu selepas mengalami demam dan batuk yang teruk itu berharap agar tahun 2024 ini membawa bersama doa agar kesihatannya bertambah baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: