02 January 2024

SELAMAT BERSALIN DUA MINGGU AWAL - DAYANA ROZA TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI



Pada Sabtu lalu, tepat jam 1.56 pagi, pelakon Dayana Roza telah pun selamat melahirkan anak keduanya seberat 3.2 kilogram yang merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Jelas Dayana, dia sepatutnya melahirkan bayinya itu pada 17 Januari ini, namun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kontraksi lebih awal dari tarikh jangkaan.

Dayana yang berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial, meluahkan rasa syukur kerana segala persiapan untuk ke hospital telah dilakukan lebih awal.

Klik untuk gambar besar
"Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 17 Januari ini tetapi saya dah mula rasa sakit sejak Jumaat dan terus masuk hospital.

"Saya juga perlu jalani pembedahan kecemasan sebab bukaan tak luas dan doktor periksa keadaan jantung bayi lemah.
"Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi dalam keadaan baik. Sekarang ini masih rasa sakit selepas pembedahan.

"Mujur persiapan semua sudah dilakukan. Jadi kalau bersalin awalpun semuanya sudah tersedia. Tak sangka pula baby yang ini tak sabar nak keluar awal," katanya.

Untuk makluman, Dayana mendirikan rumahtangga bersama Adale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020. Pasangan itu sudah dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak sulung mereka, Astrid Raheeya kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: