31 January 2024

HIDAYAH BELUM BERTUNANG - JEJAKA MIST£RI DI PELAMIN ADALAH ANAK SAUDARA



Sebelum ini, nama balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, menjadi sebutan selepas dia memuat naik gambar dirinya sambil memegang sejambak bunga bersama seorang jejaka mist£ri bersongkok di atas pelamin.
Ibu tunggal seorang anak itu yang memuat naik perkongsian tersebut di Instagram, menerima ucapan tahniah daripada pengikut-pengikutnya apabila disangka sudah menemui pengganti arwah Abam, sekali gus melangsungkan majlis pertunangan.

Terkini, tanda tanya mengenai perkara itu akhirnya terjawab selepas pelayar media sosial Facebook (FB) meninggalkan komen pada hantaran gambar dimuat naik Hidayah dengan menyebut fizikal jejaka berkenaan lebih tinggi berbanding ibu saudaranya (Hidayah).

Kemudian, Hidayah membalas komen berkenaan dengan memberitahu, dia sengaja bergambar dengan anak saudaranya kerana mahu membandingkan ketinggian sesama mereka.

"Betul anak saudara lebih tinggi berbanding mak saudaranya. Saja nak tunjuk anak saudara tinggi," tulis Hidayah di ruangan komen.

Dalam pada itu, seorang lagi pelayar yang dipercayai pengikut Hidayah di aplikasi berkenaan memberitahu, Hidayah masih belum lagi bertunang seperti yang dilaporkan media, baru-baru ini.

Bagaimanapun, usaha mendapat penjelasan lanjut Hidayah tidak berhasil apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Untuk makluman, Allahyarham Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, 4.

Arwah Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: