31 January 2024

RIS4U RISIK0 HAMIL USIA 40-AN - BCL TAK MAHU ANAK DENGAN SUAMI BARU



Semua sedia maklum mengenai penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL, dimana dia kini sudah pun berkahwin buat kali kedua.
Menerusi satu temu bual, BCL menjelaskan, dia tidak merancang untuk memiliki cahaya mata bersama suami barunya, Tiko Aryawardhana.

Ini kerana kata BCL, dia tidak mahu mengambil risik0 untuk hamil lagi memandangkan usianya sudah menjangkau 41 tahun.

Klik untuk gambar besar
"Rasa tak mahu anak lagi, saya dah tua. Mungkin berisik0 sebab saya dah lebih 40 tahun. Usia 35 hingga 40 tahun sudah mula risik0 jika hamil," ujar BCL yang mempunyai seorang cahaya kata lelaki hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Sementara itu, BCL turut berkongsi dimana selepas pemergian arwah suaminya, dia pernah terfikir untuk hidup sendiri kerana merasakan tiada lagi yang boleh memahami dirinya, namun Tiko membuka hatinya.
"Saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi terfikir mungkin terus hidup sendiri. Hampir lapan bulan menangis setiap hari selepas kehilangan dia.

"Kemudian saya cuba untuk buka lembaran baru. Pasti ada perbezaan kerana dia (Tiko) bukan Ashraf. Saya jalani hidup baru kerana saya juga sudah berbeza," katanya.

Untuk makluman, Bunga dan Tiko mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: