01 February 2024

BILA WAJAH LIYANA JASMAY TANPA MEKAP TARIK PERHATIAN



Cerita mengenai Liyana Jasmay sudah sekian lama tidak dengar, namun baru-baru ini pelakon itu ada memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya sedang menikmati makanan.
Apa yang menjadi perhatian, Liyana tidak mengenakan sebarang mekap, selain memberitahu, dia tidak tidur selama lebih 16 jam kerana terlibat dalam penggambaran.

"Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam pen@t berlakon, kena r@suk, leb@m kaki, telinga berdar@h, mata k@bur. Tapi Alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur," tulisnya.

Klik untuk gambar besar
Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dimana ada yang memuji kecantikan semula jadi Liyana, meskipun tanpa mekap.

Bukan itu sahaja, ada yang suka dengan Liyana sejak dulu lagi kerana jenis yang suka tampil natural.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang seolah menghin@ rupa paras pelakon itu. Malah, ada yang mengatakan wajah Liyana seperti bib1k.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: