01 February 2024

"SAYA PENGANTIN BARU TETAPI SAYA JUGA PENGANTIN TUA" - AMYLEA SERAH SOAL REZEKI ANAK KEPADA KETENTUAN ALLAH



"Allah SWT temukan saya dengan suami. Dulu tak ada suami, sekarang sudah ada. Memanglah saya pengantin baru tetapi saya juga pengantin tua."
Demikian ujar penyanyi dan komposer, Amylea Azizan yang mendedahkan dirinya tidak pernah bermimpi untuk bertemu jodoh pada usia 37 tahun.

Jelas Amylea, seandainya tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat, dia juga sudah pasrah, namun kuasa Allah SWT mengatasi segalanya apabila dia bertemu jodoh dengan anggota bomba dari Singapura, Mohammad Aqbar atau Ash, 41, pada November tahun lalu.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, mengenai zuriat pula, Amylea yang ditemui di majlis persandingan yang berlangsung di Bizmilla Wedding Hall, One City, di sini, baru-baru ini, berkata, dia tidak terfikir untuk memiliki cahaya mata kerana belum berkahwin ketika itu.

Bagaimanapun, Amylea yang tampil dengan gaun kembang rona putih itu memberitahu, dia dan suami positif dan menyerahkan soal rezeki anak kepada ketentuan Allah SWT.
"Kebanyakkan kawan-kawan semuanya sudah berkeluarga, jadi sebelum ini saya menumpang kasih dengan anak mereka dan menyayangi seperti anak sendiri.

"Saya tak pernah terlintas ada anak sendiri. Jadi soal zuriat saya serahkan kepada takdir. Ada atau tidak, doakan saya bersedia terima dengan reda segala diaturkan oleh Allah," ujarnya.
Dalam majlis persandingan itu, lebih 400 tetamu hadir yang hadir meraikan Amylea dan suami, termasuk ahli keluarga terdekat Ash serta rakan dari Singapura.

Antara rakan artis yang hadir pula ialah Shila Amzah, Nabila Razali, Jaclyn Victor, Fasha Sandha, Uqasha Senrose, Diana Danielle, Ummi Nazeera, Ali Sariah Masdo, Dina Nadzir dan ramai lagi.
Pada 27 November tahun lalu, Amylea yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini mengumumkan, dia dan Ash disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarganya di Sungai Petani, Kedah.

Menerusi majlis dibuat secara tertutup itu, Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung dan wang hantaran bernilai RM8,888.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: