18 January 2024

ISU DITUDVH BERCUTI BERSAMA LELAKI SONGS4NG - KHAI BAHAR SUDAH MEMAAFKAN INDIVIDU TERBABIT



Penyanyi dan pelakon Khai Bahar sebelum ini didakwa berseronok dengan rakan lelaki songs@ng di Langkawi, Kedah ketika arwah ibunya, Rosnah Muhammad, 62, sedang sakit serta meninggal dunia pada 2 Januari lalu.
Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 30, ketika diminta mengulas dakwaan terbabit, berkata, dia menganggap apa yang berlaku sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

"Saya sudah maafkan individu yang buat tudvhan li@r itu dan enggan memanjangkan isu berkenaan. Saya sudah maafkan orang yang buat tudvhan li@r itu kerana seperti yang saya beritahu, saya keluar dengan kawan dan orang terdekat ketika itu.

"Saya juga tidak memilih dan berkawan dengan semua orang," ujar Khai yang juga minta pihak terbabit muat naik gambar jika benar tudvhan li@r yang dilemparkan itu.

"Ada juga yang cakap itu teguran untuk saya sebab mak tengah sakit tapi saya berada di Langkawi ketika itu. Saya pun tak jangka perkara ini, begitu juga adik-beradik lain. Kami tak sempat hendak tengok mak buat kali terakhir.

"Jadi dengan perkara ini, mungkin saya dapat perbaiki salah dan silap, walaupun saya tahu apa sebenarnya yang individu terbabit mahukan," katanya.

Jelas penyanyi lagu 'Beng@ng' itu lagi, dia juga bercuti di Langkawi bersama dengan empat kawan baik yang memang sudah dikenali sejak dulu.

"Mereka juga kawan saya di kampung dan kami juga selalu keluar bersama. Jadi sebab itu, saya berasa mar@h bila individu terbabit cakap perkara tidak betul," tuturnya.

Dalam pada itu, Khai menjelaskan, apa yang membuatkan dirinya hil@ng sabar kerana ia membabitkan arwah ibunya.

Sementara itu, Khai turut memberitahu mengenai keadaannya selepas pemergian arwah ibunya, dimana dia masih perlukan masa untuk mengembalikan semula semangatnya.

"Alhamdulillah, saya semakin baik walaupun masih lagi bersedih. Bukan tak terima tapi perlukan masa. Saya juga luangkan masa bersama dengan kawan-kawan kerana mereka banyak beri sokongan," jelasnya.

Terdahulu, seorang pengguna di aplikasi TikTok menegur Khai kerana bercuti bersama rakan-rakannya yang didakwa lelaki songs@ng.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: