10 January 2024

ISU MENDAKWA AMAN GRASEKA MINTA BANTUAN - MAS IDAYU AKUI TERKEJUT



"Kalau dia nak minta tolong, kenapa tak cari anak dia? Anak kami sudah bekerja tapi sebab dia yang putuskan hubungan, dia yang m@lu sendiri. Dia juga boleh minta tolong dengan keluarga, adik-beradik dia. Kalau betullah dia susah."
Itulah ujar penyanyi dangdut, Mas Idayu yang mengakui terkejut apabila mendapat perkhabaran mendakwa bekas suaminya, pelakon Aman Graseka kini berdepan kes£mpitan hidup.

Kata Mas Idayu, bekas suaminya itu sepatutnya menghubungi anak mereka, Nur Dayini yang kini sudah bekerja dan tidak salah untuk meminta bantuan daripada anak.

Tambah Mas Idayu, sebelum ini anaknya sukar untuk menghubungi Aman kerana telefon pelakon itu dikawal oleh isternya, Nurul Amrina. Malah jelas penyanyi itu lagi, nombor telefon serta media sosial anaknya turut dis£kat.

"Nombor telefon Aman saya ada tapi anak dia sendiri tak dapat hubunginya kena bl0ck. Kami tak yakin yang s£kat nombor telefon itu adalah Aman.

"Sebelum dia kahwin, dia masih bawa anak keluar bersama dengan perempuan (isteri Aman) itu, tapi lepas kahwin dia terus putuskan hubungan dengan anak macam itu je. Saya tahu dia sayang anak dia. Dia ada seorang saja anak perempuan," jelasnya.

Menurut Mas lagi, dia mengenali bekas suaminya itu bukan seorang yang suka meminta-minta dan sebelum ini jika anaknya menghubungi Aman isterinya yang akan menjawabnya.

"Aman yang saya kenal tak peduli dengan media sosial. Dia ni tak tahu apa-apa. Tapi kalau tanya pada saya, saya kenal Aman tu bukan seorang yang meminta-minta.

"Saya tak yakin Aman meminta, saya kenal dia. Kalau dulu anak dia telefon pun isteri yang angkat, bermakna siapa yang kawal telefon dia?" katanya.

Tambah Mas lagi, dia turut meminta bekas suaminya itu muhasabah diri serta mengenang kembali kesilapan dilakukan dahulu dan mendoakan Aman selama di dunia dan akhirat.

"Saya cuma berbalik kepada hukvm agama. Kalau nak hidup senang selain daripada memuliakan isteri tak kisahlah pada perkahwinan pertama atau kedua, dia kena tanggungjawab tentang nafkah anak," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: