10 January 2024

TELEFON EBIT LEW - 90 GAMBAR DIPERCAYAI LUC4H DITEMUKAN



Menerusi mahkamah hari ini, saksi kelapan perbicaraan kes Ebit Lew memberitahu, sebanyak 90 gambar dipercayai berunsur luc@h, ditemukan dalam data yang diekstr@k daripada telefon bimbit pendakwah bebas itu.
Memetik laporan di Harian Metro, perkara itu dimaklumkan oleh Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer For£nsik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Insp Yip Chang Ching berkata, ianya hasil analisis ke atas sebuah pemacu kilat.

Pada 10 Mac 2022, hasil analisanya menemukan gambar tersebut serta tiga rakaman video, juga dipercayai berunsur luc@h.

Katanya, dia mengambil masa kira-kira empat jam 50 minit untuk membuka fail yang diekstr@k itu, supaya boleh dibaca perisian for£nsik.

"Setelah fail dibuka, saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk meneliti dan menganalisa data itu, supaya dapat mengeluarkan data yang diperlukan mengikut permohonan dalam borang analisa yang disediakan pegawai penyiasat," katanya.

Jelas Yip lagi, data dianalsisnya itu turut mengandungi laporan dua panggilan keluar yang dijawab selama 136 saat dan 1,346 saat pada 1 Mei 2021 jam 7.28 pagi dan 20 Mei 2021 jam 7.50 pagi.

Terdahulu, Ebit telah berdepan 11 pertuduhan meng@ibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar perkataan dan gambar luc@h ke nombor telefon m@ngsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun 2021.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: