30 January 2024
JUMPA PEGUAM - PUTERI SARAH BAKAL SAMAN PENGAWAI PEMASARAN
"Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula. Peguam mahu hantar dokumen dulu ke mahkamah."
Ujar pelakon Puteri Sarah, dimana dia akan memfailkan saman terhadap seorang individu merupakan seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua.
Kata pelakon itu lagi, dia sudah berjumpa peguam dan sedang dalam proses memfailkan saman terhadap individu berkenaan.
Sebelum ini, seorang wanita tampil di program Melodi mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa dan kenyataan dibuat oleh Puteri Sarah berhubung kes pecah amanah adalah fitn@h dan sedia untuk bersemuka dengan pelakon terbabit.
"Apa yang dia sebut itu semua adalah fitn@h. Dia banyak put@r b£lit sampai nama saya terj£jas. Apabila saya buat keputusan nak jadi rakan bisnes dia, saya tunggu dia. Saya dah tandatangan semua dokumen tapi tak dapat maklum balas daripada dia.
"Dia kena ingat yang dia pun ada hut@ng. Saya mahu dia datang jumpa dan bertentang mata. Berbincang secara profesional dengan data yang s@hih sebelum meng£lirukan netizen," katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan seorang individu membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu.
Tambahnya lagi, dia bekerjasama dengan individu itu sejak Oktober tahun lalu bagi pemasaran produk, namun kerja dilakukan tidak mencapai standard diharapkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment