30 January 2024

JUN DEPAN - HATTAN UMUM BERSARA



"Saya akan bersara pada bulan enam (Jun). Jadi, saya punya dream (impian) dulu masa mula terbabit dalam industri ini, saya belajar dengan Datuk M (M Nasir).
"Dan saya bersara atas pentas selepas dapat beraksi bersama Datuk M (M Nasir). Itu impian saya dan baru sekarang saya beritahu."

Itulah jelas penyanyi Datuk Hattan yang membuat kejutan apabila mengumumkan dia mahu bersara daripada nyanyian pada Jun depan.

Ujar Hattan, dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu dan ini masa terbaik untuk melakukannya, selain menafikan dia, merajuk, sebaliknya mahu berehat.

Tambahnya lagi, dia akan bersara selepas menjayakan sebuah konsert pada Jun depan serta memberitahu, perbincangan untuk konsert masih berjalan.

Klik untuk gambar besar
"Saya tak merajuk. Saya dah penat. Jadi kena rileks (berehat). Saya dah lama rancang. Bukan bersara macam mana, tapi tak nak terbabit dalam konsert besar.

"Saya dah sampai apa yang saya nak, bagilah orang lain pula. Saya dah sepentas dengan 'sifu' saya. Saya dah buat konsert saya. Jadi apa lagi yang saya nak capai.

"Nak berehat pula. Kalau boleh tak nak terbabit lagi. Dah bersara, bersaralah," tuturnya.

Difahamkan, pada 3 Februari depan, Hattan dan M Nasir akan menjayakan Konsert Sifu & Aku yang akan berlangsung di Sabah International Convention Center (SICC).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: