30 January 2024

UQASHA PILIH DOA SELAMAT UMUM JANTINA ANAK BERBANDING 'GENDER REVEAL'



"Sebab pernah keguguran sebelum ini, saya memang sangat berhati-hati. Jadi, saya dan Kamal sepakat untuk tidak mahu mengetahui jantina bayi.
"Kami akan umumkan jantina bayi dalam sebuah majlis doa selamat nanti. Tidaklah buat majlis 'gender reveal' seperti orang Barat sebaliknya lebih kepada tradisional kita."

Demikian kata pelakon Uqasha Senrose yang memaklumkan, dia tidak akan mengikut trend 'gender reveal' ala barat untuk mengumumkan jantina anakya, sebaliknya memilih mengadakan doa selamat.

Jelas Uqasha, dia dan suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli sangat berhati-hati dengan kehamilan kali ini apatah lagi sebelum ini pernah mengalami keguguran.

Sementara itu, Uqasha yang kini hamil anak sulung itu memberitahu, dia belum melakukan sebarang persiapan bayi kerana masih tidak mengetahui jantina anaknya itu.

Klik untuk gambar besar
"Belum beli barang-barang bayi lagi, saya tidak tahu hendak mula dari mana. Tunggulah selepas majlis doa selamat dan selepas tahu jantina bayi barulah saya buat persiapan," ujarnya.

Dalam pada itu, tambah Uqasha, dia terpaksa berdikari sepanjang tempoh kehamilan, memandangkan suaminya terlibat dengan penggambaran drama di luar daerah, namun ibu dan kakaknya menemaninya di rumah.

"Sejak saya hamil saya lihat Kamal memang bekerja lebih keras, jika dahulu dia memilih juga kerja, tetapi sekarang mana rezeki yang datang dia akan cuba buat.

"Dia mahu memastikan keperluan saya dan anak cukup. Oleh itu, sekarang saya banyak ditinggalkan Kamal sebab dia menjalani penggambaran di luar daerah.

"Tetapi setiap hari dia akan hubungi saya untuk pantau keadaan saya dan anak dalam kandungan," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: