29 January 2024
DEDAH NAMA PENUH MUSA, SELEPAS WAJAH - NOH SALLEH DIANGGAP TIDAK SENSIT1F
Nampaknya penyanyi Noh Salleh sekali lagi menjadi sebutan selepas dia bertindak mendedahkan nama penuh anak angkatnya, Musa pula selepas sebelum ini mendedahkan wajah kanak-kanak terbabit.
Pendedahkan tersebut dibuat vokalis kumpulan Hujan itu selepas membalas komen seorang netizen di Instagram miliknya, dimana netizen berkenaan mempersoalkan mengapa nama Musa berbinkan namanya.
Bagaimanapun, pendedahan Noh itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen lain kerana dikatakan tidak sensit1f, selain ada yang meminta agar penyanyi tersebut memadam perkongsian berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai per£butan anak angkat antara Noh dan bekas isterinya, Mizz Nina apabila Musa didakwa diambil tanpa kebenaran.
Malah, ibu kandung kepada Musa iaitu Athira turut meluahkan rasa terkil@n dengan tindakan Noh yang mendedahkan wajah kanak-kanak itu serta tampil membuat tiga tuntutan terhadap penyanyi tersebut.
Susulan tuntutan itu, Noh membuat permohonan maaf secara terbuka serta mengatakan dia tidak tahu mengenai perjanjian antara Mizz Nina dengan ibu kandung Musa bahawa mereka dilar@ng memuat naik wajah Musa di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment