09 January 2024
PERLU URUTAN TERAPI PULIHKAN STR0K - ISMA ALIFF MASIH BERGANTUNG KEPADA SUSU KHAS
"Saya belum boleh makan nasi dan hanya bergantung kepada susu khas yang berharga lebih RM100. Jadi tenaga saya masih belum ada.
"Selain itu, saya kena buat urutan terapi untuk pulihkan str0k. Saya boleh bergerak tapi agak sukar juga dalam keadaan sekarang.
"Saya dah mulakan urutan secara ringan. Insya-Allah dengan urutan dan akupuntur mungkin keadaan saya akan bertambah baik."
Itulah kata artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff yang sudah dibenarkan keluar dari Hospital Ampang, Jumaat lalu dan kini berada di kediaman ibunya di Ampang Jaya.
Baru-baru ini, Isma, 59, dan ibunya berusia 79 tahun yang turut terlantar sakit itu menerima dua katil sumbangan sebuah masjid dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan mereka.
Ketika ditanya mengenai keadaannya, Isma menjelaskan, dia masih tidak boleh makan secara normal dan bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi tiub.
Sementara itu, adiknya iaitu Shamsidah Ismail, 57, berkata, dia akan menguruskan abang dan emaknya termasuk menukar lampin pakai buang mereka setiap hari.
"Segala-galanya saya buat. Kadang-kadang kalau saya tak sempat, jiran akan datang bantu tengokkan," tuturnya.
Sebelum ini, Isma Aliff dilaporkan kritikal dan ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.
Pada 15 Disember lalu, Isma ditahan di hospital kerana tiba-tiba diserang angin ahmar selepas mengadu sakit kepala, selain badannya kebas.
Shamsidah mulanya membawanya ke klinik berhampiran tetapi doktor nasihatkan agar membawa abangnya itu ke bahagian kecemasan Hospital Ampang dan dia ditahan di sana.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment