09 January 2024

MASIH DIRAWAT DI ICU - SUAMI AMYZA AZNAN TUNJUK PERKEMBANGAN P0SITIF



"Alhamdulillah, keadaan kesihatan suami semakin baik dari sebelum ini. Suami juga boleh bercakap macam biasa walaupun masih perlukan alat bantuan pernafasan."
Itulah jelas pelakon Amyza Aznan, 47, mengenai kesihatan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 48, yang semakin menunjukkan perkembangan p0sitif selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak dua minggu lalu.

Ketika dihubungi, Amyza turut memberitahu, suaminya itu juga sudah boleh makan dan minum seperti biasa tanpa bantuan tiub lagi.

Ditanya bila suaminya itu akan dipindahkan ke wad biasa pula, Amyza berkata, buat masa ini, suaminya itu masih lagi dirawat di wad ICU.

"Suami juga masih menjalani rawatan dialisis untuk masalah buah pinggangnya itu. Doktor juga tidak dapat beritahu jangkaan bila suaminya boleh dipindahkan ke wad biasa kerana semuanya bergantung pada kekuatan dirinya sendiri untuk segera sembuh.

"Pada masa sama, saya juga mohon orang ramai dan peminat untuk terus mendoakan suami segera sembuh dan pulang ke rumah," katanya yang kini terbabit dengan penggambaran dua projek drama, sekali gus yang dijangka selesai pada Mac depan.

Terdahulu, Amyza meluahkan rasa syukur kerana suaminya itu sudah sedar selepas dilaporkan kritikal dan ditidurkan di hospital kerana mengalami sesak nafas, baru-baru ini.

Menurut Amyza, doktor juga memberitahu suaminya itu ada masalah buah pinggang dan bukannya jantung.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: