28 January 2024

RAHSIA USIA KANDUNGAN - UQASHA SENROSE TERPAKSA BERDIKARI KETIKA HAMIL DEK KETIADAAN SUAMI DISISI



"Sepanjang tempoh kehamilan ini, Kamal juga terbabit dengan penggambaran di luar daerah dan pada masa sama, saya juga ada penggambaran drama Jangan Lupa Janji.
"Sebagai suami, Kamal memang berasa ris@u dengan keadaan saya yang mengandung dan meminta mama serta kakak untuk menemani, namun kami tetap berhubung setiap hari.

"Ada juga kakak saya datang menemani di rumah apabila dia ada kelapangan masa," ujar pelakon Uqasha Senrose, 31, yang mengakui, dia terpaksa berdikari dan menjaga keselamatan diri serta kandungannya kerana berjauhan dengan suami, pelakon Kamal Adli, 37, sepanjang tempoh mengandung.

Kata Uqasha, Kamal juga berasa bimb@ng untuk meninggalkannya sendirian, tetapi semua itu terpaksa dilakukan kerana terikat dengan komitmen penggambaran di beberapa negeri ketika ini.

Dalam pada itu, Uqasha yang tetap dengan pendirian untuk merahsiakan usia kandungannya buat masa ini, berkongsi perasaannya untuk melahirkan anak, dimana dia berasa gementar menantikan detik berkenaan.

"Saya dan Kamal sepakat untuk tidak mahu mengetahui jantina bayi kami sehingga tempoh melahirkan kelak. Kami juga akan umumkan jantina bayi dalam satu majlis khas dan doa selamat nanti.

"Saya bersyukur kerana tiada sebarang alahan sepanjang tempoh mengandung, tetapi saya gementar untuk melahirkan anak kerana tiada pengalaman sebelum ini. Kalau boleh saya juga mahu bersalin secara normal nanti," katanya.

Sementara itu, pelakon yang popular dalam drama 'Perempuan Tanpa Dosa' ini berkata, dia juga merancang untuk berehat seketika dari aktiviti seni selepas bersalin nanti.

"Selepas selesai tempoh berpantang, saya akan kembali bekerja dan fokus pada bisnes. Saya juga baru dapat tawaran untuk menjadi duta produk bayi," jelas Uqasha yang sebelum ini mengesahkan dirinya kini hamil hasil perkongsian hidup dengan Kamal Adli.

Terdahulu, Uqasha yang mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Bentong, Pahang, pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu ketika menunaikan umrah pada awal 2022 dan sekitar November pada tahun sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: