29 January 2024

KONGSI GAMBAR BERSAMA LELAKI ATAS PELAMIN - HIDAYAH DAH BERTUNANG?



Nama balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah hangat diperkatakan selepas dia berkongsi gambarnya bersama seorang lelaki di atas pelamin, berserta kapsyen yang hanya diletakkan emoji bentuk hati berwarna biru.
Menerusi gambar yang dikongsikan, Hidayah dilihat memegang sejambak bunga serta mengenakan baju kurung biru sedondon dengan lelaki tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan wajah lelaki berkenaan kerana bergambar membelakangkan kamera, sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

Klik untuk gambar besar
Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur serta tumpang gembira jika benar Hidayah sudah jumpa pengganti.

Untuk makluman, Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah kini berusia lima tahun. Pada 10 Februari 2020, Abam telah meninggal dunia akibat demam panas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: