18 January 2024

REZEKI HAMIL ANAK KEDUA - UYAINA ARSHAD KONGSI RASA BAHAGIA DAPAT WANG TUNAI DARIPADA RAJA PERMAISURI AGONG



"Kejadian di Sri Pentas TV3. Menerima kunjungan diraja di Media Prima. Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang.
"Raja Permaisuri siap bagi duit untuk bayi lepas dapat tahu yang Uyaina mengandung. Masya-Allah, rezeki bayi," tutur pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad.

Isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu berkongsi rasa bahagia di Instagram, saat menerima titipan berbentuk wang daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli dalam kunjungan diraja ke Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Klik untuk gambar besar
Difahamkan, wang berkenaan diberikan kepada Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, oleh Tunku Azizah selepas mendapat tahu bahawa pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu sedang hamil lima bulan.

Melihat pada hantaran tersebut, Uyaina yang juga berkongsi beberapa gambar kenangan bersama pasangan diraja serta rakan-rakan pengacara ketika sesi kunjungan diraja itu turut mendoakan kesejahteraan pasangan diraja ini.

"Terima kasih Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungan. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati Allah," tulisnya.
Perkongsian Uyaina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bertuah bayi Uyaina dapat rezeki daripada Permaisuri Agon

Dalam pada itu, rata-ratanya memuji Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang sememangnya berjiwa rakyat dan disayangi ramai.
Selain itu, ada netizen mengatakan Permaisuri Agong ini sangat prihatin dan memahami perasaan ibu yang sedang mengandung, selepas baginda pernah melalui kepayahan 16 kali melakukan rawatan in vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan zuriat.

Pada Mei tahun lalu, Uyaina membuat kejutan buat suami ketika bercuti di Anantara, Desaru, Johor bagi memaklumkan dirinya sedang hamil, sebelum mengalami keguguran tidak lama selepas itu.

Untuk makluman, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Urhan yang kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: