18 January 2024

ELLIE SURIATY : "ISTERI TAK BOLEH JADI IMAM... SAYA HARAP AMAN GRASEKA LE4D THE WIFE, BUKAN WIFE LE4D HIM"



"Jadi dalam sebuah perkahwinan, isteri tak boleh jadi imam. Di mana dia ada suami, dia harus ikut imam dia. Bukan dia yang mencatur sampai perkara jadi entah apa-apa. Saya harap Aman Graseka le@d the wife, bukan wife le@d him."
Itulah kata pelakon Ellie Suriaty yang memohon maaf kepada bekas suaminya, pelakon Aman Graseka, selain menekankan bahawa rumah tangga seharusnya diketuai oleh suami dan bukan tugas isteri untuk mengarah hingga menuju ke arah keburvkan

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Aman Graseka yang dikatakan meminta sumbangan daripada rakan artis.

Susulan itu, Ellie tampil membuka mulut meminta isteri kepada Aman perlu membenarkan pelakon itu untuk terus berlakon kerana itu mata pencariannya.

Tiada niat untuk membuka a1b rakan artisnya itu, Ellie menerusi Melodi baru-baru ini berkata, dia mahu mendedahkan situasi sebenar serta pertahankan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera yang dikec@m selepas memuat naik perkongsian mahu membantu Aman.

Dalam pada itu, tambah Ellie, tidak wajar apabila Aman ditudvh sebagai bapa dan suami tidak bertanggungjawab kerana meminta bantuan.

"Saya ingin menyatakan yang hubungi kami itu adalah isteri dia, bukan Aman Graseka," ujar Ellie yang memberi penjelasan mengenai isu Aman Graseka yang meminta bantuan kepada Shiera serta beberapa artis yang lain.

"Saya bersuara bila tengok kenyataan Shiera dihent@m t£ruk. Kita tahu perkara sebenar. Ini bukan berkenaan masuk campur tetapi bila kita tahu kedua-dua perkara, kita mesti cakap sesuatu yang benar.

"Shiera adalah seorang yang sangat pemurah dan dia memang suka tolong kawan-kawan. Apabila netizen mula mengutvk Aman Graseka mengatakan seorang suami tak bertanggungjawab, bapa tak bertanggungjawab, tak manis la.

"Sebab itu saya cakap yang hubungi kami (rakan industri) adalah isteri dia, bukan Aman Graseka. Apabila kita ditudvh menolong tetapi mengab@ikan, perkara itu tak benar.

"Kita bukan menolong, lepas itu nak mengungk1t atau mem@lukan orang. Isunya di sini bila kita dihubungi tetapi apabila hubungi semula tak diangkat. Bukan Aman Graseka yang hubungi tetapi isteri dia!" ulasnya.

Disamping itu, Ellie turut menitipkan nasihat kepada Aman agar tidak membawa isterinya ke set penggambaran supaya dapat bekerja denan aman.

"Itu adalah punca pendapatan dan punca rezeki dia. Isteri dia harus istiqamah untuk dia bekerja dengan aman sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: