19 January 2024

DUA KALI KEGUGURAN - FIDA IBRAHIM KINI SELAMAT BERGELAR IBU, TIMANG ANAK SULUNG LELAKI



"Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami, bayi lelaki tengahari semalam tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024.
"Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami sekeluarga."

Demikian kata suami kepada pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim atau Fida, 38, iaitu Shahzemir Shahzulkarib, 39 yang berkongsi berita gembira menerusi hantaran di akaun Instagram.

Selepas sekian lama menanti, akhirnya Fida kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan anak sulung lelaki pada tengahari, kelmarin iaitu 17 Januari 2024.

Pada awal November tahun lalu, Fida membuat perkongsian, dimana dia mengesahkan hamil kira-kira 25 minggu atau enam bulan di Instagram.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Fida meluahkan rasa syukur ke hadrat Yang Esa apabila impian dan rezeki untuk hamil menjadi kenyataan, sekali gus hasrat menimang cahaya mata dimakbulkan Allah selepas pernah dua kali mengalami keguguran.

"Alhamdulillah, saya amat gembira diberikan peluang lagi oleh Allah untuk hamil dan seterusnya akan menimang cahaya mata kerana saya dan suami tidak pernah putus berdoa selama ini.

"Apatah lagi, ketika alami keguguran dulu, ramai yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Terima kasih semua dan saya juga mendoakan yang baik buat kalian," ujarnya.

Untuk makluman, Fida dan suami, Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni itu mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: