19 January 2024

JEMAAH DI MEKAH - SITI NURHALIZA INFAK 5,000 AISKRIM



Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza difahamkan ketika ini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.
Menerusi video tular di TikTok, Siti Nurhaliza dilihat tidak melepaskan peluang menginfakkan sebanyak 5,000 aiskrim buat para jemaah di Mekah, sehingga mendapat perhatian ramai.

Melihat pada video tersebut, Siti bersama anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa mengedarkan aiskrim kepada jemaah yang berada di kawasan tersebut.

Turut menjadi perhatian, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K, sangat mesra melayan kanak-kanak perempuan yang mahu bersalaman dengannya selepas mendapatkan aiskrim.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap rendah diri Siti, selain mendoakan agar penyanyi ini dimurahkan rezeki.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: