19 January 2024

INTAN NAJUWA NAFI 'BABY BUMP' : "ITU 'FOOD BUMP'..."



"Kenapa nampak macam ada 'baby bump'? Kalau ada.. Alhamdulillah," kata seorang netizen dimana dia menyangka pelakon Intan Najuwa hamil apabila perutnya kelihatan 'berisi'.
Dakwaan tersebut timbul selepas pelakon berusia 27 tahun itu memuat naik perkongsian bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman dalam kereta.

Bagaimanapun, pelakon Intan Najuwa menepis dakwaan dirinya kini berbadan dua, sebaliknya menjelaskan penambahan berat badan selepas mendirikan rumah tangga.

Tidak melenting dengan dakwaan berkenaan, Intan menjawab soalan netizen dengan memberikan jawapan secara berseloroh.

"Alamak! Itu bukan baby bump, itu 'food bump'. Baru lepas makan nasi orang kahwin (kenduri). Baju yang sendat, macam nak terkoyak dah," tulis Intan.

Sebelum ini, Intan sering menjadi sorotan orang ramai apabila dilihat kerap dimanjakan dengan kehidupan mewah oleh suaminya, sejak mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu di sebuah resort di Desaru, Johor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: