19 January 2024

BAGI MERAIKAN ST0KIS & EJ£N - WAWA ZAINAL BELANJA HAMPIR RM500,000, BERI GANJARAN WANG & TUNAI UMRAH



Berjaya menjana keuntungan mencecah angka RM32 juta pada tahun lalu, pelakon Wawa Zainal telah membelanjakan hampir RM500,000 bagi meraikan st0kis dan ej£n yang banyak membantu syarikat kosmetiknya.
Kata Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, penghargaan diberikan itu meliputi hadiah wang tunai serta membawa rombongan seramai 33 orang menunaikan umrah semalam.

"Mereka adalah tunj@ng utama Wawa Cosmetics sejak ditubuhkan enam tahun lalu. Tanpa mereka tak mungkin bisnes saya mampu bertahan.

"Sebagai menghargai pengorbanan dan jasa mereka, saya dan pasukan akan meraikan mereka setiap tahun dalam satu majlis pengiktirafan dengan ganjaran wang sebagai pemb@kar semangat.

"Jika beberapa tahun lalu kami menganjurkan percutian ke luar negara termasuk ke Eropah, tapi kali ini saya nak mencari keberkatan dengan membawa mereka ke Tanah Suci," tuturnya.

Tambah isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu lagi, pemergian ke Tanah Suci semalam turut disertai oleh suami dan anak ketiganya, Ayya Soffya yang kini sudah berusia empat tahun.

"Ini adalah umrah keempat kami berdua, cuma kali ini hanya dapat membawa Ayya Soffya kerana abang dan kakaknya sedang menghad@pi peperiksaan.

"Semoga urusan ke Tanah Suci dipermudahkan dan harapnya rombongan yang mengikuti kami ini juga dapat menggunakan peluang ini untuk mengejar ganjaran pahala," katanya.

Sementara itu, Wawa turut menjelaskan kenapa Aeril tiada bersama pada majlis sambutan penghargaan kepada st0kis dan ej£n, dimana suaminya itu diser@ng influ£nza.

"Sebenarnya dia disahkan influ£nza sejak beberapa hari lalu dan semalam (kelmarin) sudah bebas kuar@ntin, cuma dinasihatkan berehat agar tenaganya betul-betul pulih.

"Insya-Allah, doakan kesihatan Aeril agar dia dapat menyempurnakan ibadah umrah ini," jelas Wawa yang menyasarkan perolehan sebanyak RM50 juta bagi keuntungan syarikat pada tahun ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: