19 January 2024

TERIMA TEGUR4N MUFTI DENGAN BERLAPANG DADA - KONSERT SITI NURHALIZA TETAP TERUSKAN DEMI DANA AMAL



"Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza telah sering menyebut tujuan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster kerja-kerja kebajikan seperti kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pendidikan dan bantuan khas Pal£stin."
Demikian tulis Yayasan Nurjiwa selaku penganjur 'Konsert Sebuah Epit0me: Saya Siti Nurhaliza' menerusi satu kenyataan, dimana menerima tegur@n Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor agar konsert berkenaan ditunda, dengan berlapang dada.

Difahamkan, 'Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza' akan tetap diteruskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 9 Mac ini.

Dalam pada itu, turut dijelaskan penganjuran konsert berkenaan bukan bermotifkan keuntungan atau perniagaan kerana Yayasan Nurjiwa adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan sejak 2006.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak penganjur sudah membuat tempahan kepada pihak pengurusan stadium sejak awal 2023, namun, tarikh yang kosong hanyalah pada 9 Mac ini.

Selain itu, Yayasan berkenaan turut menjelaskan penundaan konsert tersebut akan memberi k£san kepada objektif utama penganjuran untuk mengumpul dana kepada m@ngsa p£rang.

"Penundaan konsert itu akan beri implik@si yang besar kepada banyak pihak, khususnya bahagian produksi serta pengurusan Perbadanan Stadium Nasional.

"Bahkan, apa yang kami gus@rkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak dapat disalurkan dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutamanya m@ngsa pErang di Pal£stin," katanya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: