19 January 2024

"SEBENARNYA DJ LIN ADALAH M4NGSA" - PENGERUSI SMRG DAKWA TYZO MAHU KONTRAK 6 BULAN



Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai Tyzo apabila stesen radio Suria FM mengumumkan khidmatnya sebagai penyampai radio bagi segmen Suria Petang, berakhir.
Kata DJ Lin, keputusan itu dibuat sebagai langkah merangka strategi, selain perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar.

Malah, Tyzo didakwa diani@ya selepas tular sebuah video baru-baru ini. Berhubung dakwaaan itu, ramai yang simp@ti kepadanya, manakala DJ Lin pula menerima kec@man.

Terkini, pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse tampil menjelaskan, dia meminta perkhidmatan bekas penyampai Suria FM, Tyzo berakhir pada 12 Januari lalu.

Ulas mengenai isu tersebut, Aminuddin berkata, dalam satu pertemuan bersama Tyzo pada Ogos tahun lalu, pihak pengurusan ada memanggil Tyzo untuk berbincang mengenai pembaharuan kontrak selama setahun.

"Ketika pihak pengurusan mahu menyambung kontrak Tyzo pada Oktober lalu, Tyzo maklumkan dia mahu kontraknya disambung selama enam bulan saja kerana mempunyai rancangan lain.

"Saya bersama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin serta wakil daripada ketua kandungan Suria FM, JJ dan wakil jabatan sumber manusia bertemu Tyzo bagi membincangkan pembaharuan kontrak selama setahun bermula Oktober 2023 sehingga Oktober 2024.

"Bagaimanapun ketika kami meminta keputusan itu dibuat, dia minta kontraknya disambung cuma enam bulan. Jadi Saya berpendapat dia sudah mempunyai rancangan lain selain mungkin mendapat tawaran lain selepas memenangi kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH pada Julai tahun lalu.

"Dalam pertemuan itu juga kami ulangi betulkah dia mahu kontraknya disambung selama enam bulan saja dan selepas seminggu kemudian dia sahkan dia mahu kontraknya disambung enam bulan saja.

"Jadi secara tidak langsung kontraknya disambung bermula 9 Oktober 2023 sehingga 9 Mac 2024. Di Suria FM setiap pembaharuan kontrak pihak pengurusan akan berbincang dengan saya terlebih dahulu dan saya sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya tanpa membabitkan pihak lain," katanya.

Jelas Aminuddin, Suria FM mempunyai perancangan untuk meningkatkan mutu stesen radio berkenaan. Dek kerana itu, dia meminta perkhidmatan Tyzo ditamatkan lebih awal.

"Disebabkan kita tidak menyambung kontraknya, jadi tidak elok jika dia masih ada kerana kami sudah mengaturkan beberapa perancangan memandangkan bakal menempuh 'survey' pada bulan depan.

"Walaupun perkhidmatannya ditamatkan lebih awal, tapi gajinya masih terus dibayar sehingga 9 Mac ini. Malah pada hari terakhirnya dia bertugas saya minta untuk dia rakamkan momen terakhirnya tapi dia tidak berbuat demikian, sebaliknya dia ke udara secara langsung," tuturnya.

Sementara itu, Amiruddin dalam masa sama turut menjelaskan mengenai isu penamatan kontrak Tyzo yang menjadi bualan hangat sebelum ini sehingga ramai meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM.

"Video kononnya Tyzo kata dia diani@ya menjadi tular. Ramai yang simp@ti kepadanya kerana hanya mendengar sebelah pihak.

"Ramai yang kec@m dan menudvh ia berpunca daripada DJ Lin. Semua kec@m DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah m@ngsa.

"Saya harap isu ini ditamatkan. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang terus memberi komen yang dianggap fitn@h," tegasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: