20 January 2024

DIANA DANIELLE LUAH RASA SYUKUR HASRAT SAMBUNG BELAJAR DAPAT DIREALISASIKAN



"Saya seronok sebab dulu mungkin apa yang kita lakukan untuk ibu bapa dan masyarakat. Habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kena sambung belajar, rakan-rakan pun ramai sambung belajar.
"Sekarang, saya tak perlu buktikan apa-apa pada sesiapa pun. Saya hanya buat untuk diri sendiri dan motivasi itu datangnya daripada niat mahu perbaiki diri dan mencari ilmu bagi menaik taraf diri.

"Sebab bila sudah dewasa saya ada pemahaman lebih dengan apa yang mahu dilakukan untuk masa depan," ujar pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 32, yang seronok apabila akhirnya dapat merealisasikan impiannya menyambung pengajian.

Jelas Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, dia akan menyambung dua pengajian dalam satu masa iaitu A Level dalam subjek kimia, biologi dan psikologi dan Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej dan Universiti Antarabangsa (INTI).

Meluahkan rasa syukur akhirnya dapat meluangkan masa untuk berbuat demikian, bintang filem 'ImagiNur' itu berkata, sebelum ini, dia pernah menyambung pengajian dalam bidang bioteknologi, bagaimanapun tidak berjaya menghabiskan kerana terikat dengan kerjaya seninya.

Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya selepas SPM saya ada masalah nak membahagikan masa untuk 'sh0oting' dan belajar. Setiap kali peperiksaan mesti waktu saya terbabit dengan penggambaran.

"Sebab saya memang pikul tanggungjawab untuk sara keluarga. Jadi, saya tiada pilihan untuk kata saya tak boleh bekerja. Kalau tak 'sh0oting', kiranya kewangan terg@nggu, jadi saya rasa sangat tert£kan sebab terpaksa fikir soal tanggungjawab atau belajar.

"Bila belajar pun saya jadi macam 'ov£rw0rked' sebab penggambaran dan nak pergi kelas setiap hari, tugasan pun banyak. Ia membuatkan saya terpaksa pilih antara dua.

"Kalau ikut orang lain tak perlu pilih, tapi dalam keadaan itu, saya terpaksa pilih," jelasnya yang dalam masa sama turut bersyukur apabila kerjaya seni memberikan hasil, jadi pengorbanannya tidak sia-sia.

"Saya gembira pergi bekerja dan berjaya dalam bidang seni ini. Bila kahwin dan ada dua cahaya mata, saya terpaksa tunda niat nak sambung belajar," katanya.
Pada 2019, Diana juga pernah mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan, namun memilih berhenti selepas mendapat tahu tidak diiktiraf.

"Rupanya pengajian separuh masa di sebuah pusat pengajian yang saya tak boleh kongsi itu belum diiktiraf lagi. Jadi, bila saya dapat tahu, saya rasa sia-sia, lalu berhenti selepas lima bulan.

"Kemudiannya, pandemik C0V1D, tapi sekarang Muhammad dan Aurora sudah besar, jadi mereka dalam fasa lebih banyak bersama kawan-kawan. Saya hanya berlakon separuh masa, jadi rasanya banyak masa.

"Daripada banyak masa memberikan komitmen pada benda lain, saya putuskan sambung pengajian. Untuk pengajian A Level, dua tutor datang ke rumah di sebelah pagi ketika anak-anak ke sekolah dan untuk pengajian diploma pada Sabtu," katanya.

Tambah Diana, suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil juga menyokong keputusannya menyambung pengajian kerana sudah lama mengetahui keinginannya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: