16 January 2024

SHIERA HARAP KEAJAIBAN AGAR DAPAT DIGANDINGKAN DENGAN TYZO LAGI



Semua sedia maklum mengenai pengumuman penam@tan kontrak Tyzo sehingga ia menjadi kec0h apabila ramai tidak berpu@s hati dengan isu pemberhentian.
Pemergian Tyzo itu turut dirasai rakan penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera yang menyifatkan ketiadaan Tyzo di slot Suria Petang bagaikan patah sebelah sayap.

Shiera yamg bergandingan dengan Tyzo sejak 2019 mengendalikan slot Suria Petang, itu berkata, dia sudah tentu berasakan satu kehilangan besar.

"Saya bagaikan patah sebelah sayap, tapi apakan daya. Bekerja dengan Tyzo sangat senang sebab seorang yang bijak. Ada sahaja idea, semuanya spontan dan kelakar. Tapi, masa yang sama memberi makna.

"Tyzo juga seorang yang suka mendengar dan prihatin. Bukan saya sahaja selesa dengan Tyzo, ramai sukakannya.

"Cuma, hasrat Tyzo nak jadikan stesen radio Suria FM nombor satu tidak tercapai lagi," jelasnya yang dalam masa sama mengharapkan keajaiban agar dapat digandingkan dengan Tyzo lagi.

"Siapa tahu kami digandingkan semula. Itu sahaja yang saya minta. Jujurnya, rasa seperti mimpi bila Tyzo tiada. Apapun, kita doa yang baik-baik buat Tyzo untuk mencapai kejayaan.

"Tyzo rakan gandingan yang menyeronokkan walaupun kami hanya bekerja empat jam dalam sehari. Sebab ke mana saya pergi orang tak tanya suami saya, tapi tanya Tyzo," katanya sambil ketawa.

Tindakan dilakukan pihak pengurusan Suria FM disifatkan tidak wajar, sedangkan slot Suria Petang dikendalikan Tyzo bersama Shiera antara segmen popular setiap petang.

Ramai mengugut mahu memboik0t Suria FM, selepas tidak berpu@s hati dengan tindakan stesen radio milik Star Media Group Berhad itu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Suria FM memberi alasan mempunyai perancangan lain untuk stesen radio berkenaan. Isu penam@tan kontrak Tyzo akan dijawab dalam satu sidang media, Jumaat ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: