17 January 2024

DUIT DALAM BANK LES4P - DYNAS MOKHTAR BUAT LAPORAN POLIS : "DOAKAN SAYA DAPAT SEMULA WANG SAYA, INSYA-ALLAH"



"Beberapa hari lalu, saya habis penggambaran dan pulang ke rumah. Ketika mahu membayar gaji pembantu peribadi, saya menyedari hampir semua wang dalam bank sudah tiada.
"Saya ada kad d£bit tapi tak pernah ada kad kredit. Saya fikir, okaylah kad d£bit selamat sebab kita tak berhut@ng. Saya periksa penyata saya dan ada transaksi daripada pelbagai mata wang lain."

Demikian ujar pelakon Dynas Mokhtar, 41, yang berputih mata apabila hampir semua wang simpanan dalam akaun simpanan peribadinya les@p beberapa hari lalu.

Jelas Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, dia terkejut apabila mendapati berlaku beberapa transaksi pelbagai mata wang as1ng selepas memeriksa penyata banknya.

Tambahnya lagi, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini, selain memohon doa agar dia mendapatkan wangnya semula.

"Saya tak boleh dedah lebih lanjut sebab siasatan sedang berjalan. Saya ada buat laporan polis dan ada ramai orang membantu saya.

"Doakan saya dapat semula wang saya, Insya-Allah," kata Dynas yang dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati apabila membabitkan kad d£bit.

Menurut pelakon drama 'Syurga Itu Bukan Mudah' itu, teknologi semakin moden tapi semakin meruns1ngkan.

"Saya tidak mahu orang lain mengalami hal ini. Sekarang bukan mengenai klik paut@n tertentu, nombor kad d£bit pun kena sangat berhati-hati.

"Saya rasa jangan letak banyak sangat duit dalam akaun yang ada kad (d£bit). Letak di tempat lebih selamat. Sebab kalau orang kl0n kad kita, habislah. Ini pasal simpanan, semua (wang) yang kita ada.

"Kononnya tidak mahu berhut@ng, nak bayar segala-gala secara tunai, dan sekarang wang les@p. Saya tak reti nak jelaskan hal ini tapi saya cuma mahu kamu berwaspada.

"Saya tak tahu mana lagi atau bagaimana, apa yang selamat. Kita menuju zaman 'cashless', semuanya dalam talian tapi adakah ia selamat?" tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: