07 January 2024

TULAR BERITA MINTA BANTUAN NAK BERI ANAK MAKAN - AMAN GRASEKA TERKEJUT, TAMPIL NAFI



"Perkara itu semua tidak betul. Saya ada kerja sendiri. H@mba okay saja dengan isteri dan anak-anak."
Itulah kata pelakon popular era 90-an iaitu Aman Graseka yang tampil menafikan berita tular mengenai dirinya dalam kes£mpitan serta terpaksa meminta bantuan untuk memberi anak-anaknya makan.

Mengatakan berita tular itu tidak benar, Aman menjelaskan, dia dan keluarga berada dalam keadaan baik dan dia masih mempunyai pekerjaan.

Aman yang terkejut dengan berita tular mengatakan dia memerlukan bantuan serta kenderaannya rosak itu memaklumkan, dia kini berniaga ketupat dan rendang bersama isteri.

"Saya terkejut tengok berita pasal saya viral. Saya ada kerja sendiri. Saya berniaga ketupat rendang dengan isteri," jelasnya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila penyampai radio, Sharifah Shahirah ada memuat naik perkongsian mengenai Aman Graseka memohon bantuan orang ramai kerana hilang punca pendapatan.

Untuk makluman, Aman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Amrina pada 2018. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Aman turut mempunyai cahaya mata perempuan bernama Nur Dayini Asyiqah yang kini berusia 26 tahun hasil perkahwinannya dengan penyanyi Mas Idayu pada 1997, sebelum bercerai pada 2007.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: