13 January 2024

TYZO TAK REDA TINGGALKAN SURIA FM : "INILAH HARGA YANG SAYA PERLU BAYAR SELEPAS LIMA BULAN MENANG TROFI?"



"Saya sedih dan tak sangka kerana terpaksa meninggalkan Suria FM walaupun tanpa kerelaan hati. Saya mohon jutaan maaf kepada semua pendengar Suria Petang kerana ini bukan keputusan saya sebaliknya pihak pengurusan dengan alasan untuk pembaharuan 2024.
"Buat gandingan terbaik saya, Kak Rara, saya akan rindu untuk bekerja dengan akak," ujar penyampai radio Tyzo Xander yang berkata, dia masih mahu menghiburkan pendengar, namun ini bukan kehendaknya dan terpaksa Suria FM tanpa kerelaan hati.

Jelas Tyzo, apa yang berlaku adalah keputusan pihak pengurusan dengan alasan untuk pembaharuan 2024.

Sementara itu, Tyzo memberitahu, dia tidak reda dengan keputusan tersebut kerana kontraknya sepatutnya berakhir pada Mac nanti, namun ditamatkan lebih awal tanpa perbincangan.

"Saya tidak reda dengan keputusan ini tetapi apa daya, saya tidak ada kuasa dan pilihan. Terus terang, saya juga masih mahu lagi bekerja kerana memiliki seorang anak yang berusia sembilan tahun, Noah Zachri untuk disara," katanya.

Dalam pada itu, Tyzo menerusi perkongsian di Instagram pula berkata, itulah harga yang perlu dibayarnya selepas memenangi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35.

Tambah Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain, dia terbuka menerima tawaran dari mana-mana pihak stesen radio atau TV.

"Inilah harga yang saya perlu bayar selepas lima bulan menang trofi? Hanya yang pernah lalui sahaja tahu 's@kitnya'. Saya harap selepas ini tiada pihak yang 'sp1n cerita' dan olah ayat 'tudvh div@' demi untuk menutup a1b.

"Saya harap ada pihak lain yang akan hargai kerja saya sebagai penyampai radio di luar sana," tuturnya..

Semalam, Suria FM mengumumkan khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, secara rasminya berakhir semalam selepas tujuh tahun bersama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: