14 January 2024

AL-FATIHAH - IBU FAIZAL TAHIR & ANAS ZAYAN FM DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada penyanyi Faizal Tahir dan adiknya, penyampai radio Zayan FM, Anas Tahir iaitu Muzlipah Aisha Pawanteh atas pemergiannya yang meninggal dunia pada pagi tadi.

Faizal telah berkongsi berita sedih itu menerusi Instagram miliknya, dimana dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan arwah ibunya. Sementara itu, perkara sama turut dimaklumkan menerusi Instagram stesen radio Zayan FM.

"Kepada yang mengenali ibu saya, mohon dihalalkan segala makan minum beliau dan diampunkan kekurangan serta salah silap selama dalam kenalan.

"Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi Mama, cinta hati pertama saya. Mama sudah buat yang terbaik untuk kami semua. Anak-anak masih ada urusan di dunia dan kami akan menyusul kemudian," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, perkara sama turut dimaklumkan menerusi Instagram stesen radio Zayan FM.

Sebelum ini, Anas juga pernah berkongsi kisah, dia terpaksa menjual barangan peribadi bagi menampung kos perubatan ibunya namun tidak mendedahkan penyakit sebenar.

Dalam pada itu, Anas turut memuat naik gambar bersama ibunya di Instagram berserta kenangan mereka bersama : "Tak dapat dah nak usap dan cium Mama, peluk Mama kuat-kuat."

Semoga arwah ibu dua beradik ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: