14 January 2024

ISU PENAM4TAN K0NTRAK TYZO - DJ LIN JELASKAN SEMUA DI SIDANG MEDIA JUMAAT DEPAN



"Minta maaf. Saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan berhubung isu ini. Saya dapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan."
"Insya-Allah, Jumaat depan (19 Januari 2024) kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media. Saya tidak pernah menghampakan wartawan sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan komen atau apa sahaja kenyataan.

"Tapi untuk kali ini, saya minta maaf, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan sehingga Jumaat nanti," jelas pengurus besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

Dalam kenyataan itu, DJ Lin, 49, memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu penam@tan k0ntrak bekas penyampainya, Tyzo yang berkuat kuasa sejak kelmarin.

Kata DJ Lin, dia terpaksa 'mengunci mulut' buat ketika ini selepas menerima arahan daripada pihak pengurusan tertinggi untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu tersebut.

DJ Lin bagaimanapun memaklumkan, satu sidang media khas akan diadakan oleh pihak Suria FM pada 19 Januari minggu depan untuk menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Baru-baru ini, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir atas alasan sebagai strategi untuk tahun 2024.

Manakala menerusi hantaran di Facebook pula, Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain meluahkan kekes@lan hati apabila mengakui tidak rela disingk1rkan daripada stesen radio berkenaan.

Dia itu turut menyifatkan penyingk1rannya sebagai harga yang terpaksa dibayar, imp@k daripada kemenangan meraih anugerah Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

Susulan itu, ramai pendengar setia stesen radio berkenaan menzahirkan rasa tidak puas hati sehingga ada yang mahu memb0ikot Suria FM.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: