18 February 2024

ADIRA KATA CERAI ADALAH JALAN TERBAIK BUAT RUMAH TANGGANYA



"Saya ingin berpisah dengan cara yang baik dan matang. Kami sudah berbincang tetapi buat masa sekarang, memang perpisahan (cerai) saja jalan yang saya nampak. Saya tak boleh nak cerita lebih terperinci mengenainya.
"Kekuatan ini (bercerai) bukan saya baru dapat setahun dua. Tapi sudah lama. Bermacam pengajaran dan pengalaman membuatkan saya lebih matang, kuat dan tenang menghadapi semua ini."

Itulah kata penyanyi Adira Suhaimi yang menjelaskan bahawa perpisahan adalah jalan terbaik buat rumah tangga mereka, meskipun suaminya masih berusaha mempertahankan perkahwinan mereka yang sudah terbina selama sembilan tahun.

Sebelum ini, Adira telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Adira turut mengulas mengenai dirinya yang kelihatan ceria dan gembira di media sosial, dimana penyanyi itu berkata, dia tidak mahu menunjukkan kesedihan dihadapan empat cahaya matanya dan mahu sentiasa p0sitif.

"Sebagai ibu, adalah penting untuk saya sentiasa bersikap p0sitif ketika bersama anak-anak. Saya juga meng£lak untuk menangis depan mereka.

"Ibu adalah tunj@ng kepada keluarga, jika saya berasa sedih dan tidak gembira, mereka akan dapat merasakannya melalui layanan diberi. Kadang kala, kalau kita tak okay hingga terj£rit kepada anak. Itu yang saya tak mahu ia berlaku," katanya.

Selain itu, ditanya pula sama ada masih tinggal sebumbung dengan suaminya, Adira memberitahu, dia dan Datuk Red masih lagi suami isteri serta tidak menghalang suaminya itu untuk bermalam serta meluangkan masa dengan anak-anak.

"Jika ditakdirkan kami berpisah sekali pun, saya tidak pernah halang suami untuk terus berjumpa dengan anak-anaknya. Saya juga berasal dari keluarga yang bercerai-berai dan saya tidak mahu anak-anak tidak mendapat kasih sayang seorang ayah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: